sesuci, sesegar dan seharum mawar

Bismillahirrahmanirrahim....

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku,sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup dan selepas mati.Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.Semakin ramai sahabat,aku semakin percaya diri.Aku selalu berharap mendapat sejati yang tidak akan luntur dalam suka dan duka.Jika aku dapat,aku akan setia padanya“
(Imam as-Syafie)

Melayani hati, melayani sepi
Sesungguhnya aku tahu
Jaun nun disana, dikau bergembira
Bergurau senda, dengan dia pilihan hatimu
Terasa..
Seolah berkurun telah ku kenali dirimu
Jiwa dan syurga mu, seakan miliku
Warna dan wangiannya, sesempurnanya hanya aku
Atau hanya aku.. hanya aku berperasaan begitu..?

Biar semahu mana pun aku
Cuba dan terus mencuba mengabadikan diri
Terus, malah tiada hentinya memuja mu kekasihku
Tapi, dimanakah titik pertemuaan cinta kita
Seandainya hanya aku yang bertepuk gembira
Sedangkan kau tiada ghairahnya..?

Mampukah aku bertakhta
Pada jiwa, yang tidak aku punyai
Tidak aku miliki… ?
Aku sendiri tak pasti..
Tapi satu yang ku mengerti
Aku akan cuba untuk berhenti
Dari terus menyayangi mu.. membuta tuli..
 
Biar luka ini terus terguris
Biarpun tiada yang merawat
Teguh, tetap ku percaya
Pasti akan ada sinar buat ku..
Andai pun pahit
Pasti akan manis jua akhirnya..

Duhai masa..
Dampingi aku..
Iringi aku
Papahlah aku..
Gagahkan aku melangkah, meniti hari mendatang…
Tampa mu..