sesuci, sesegar dan seharum mawar

Bismillahirrahmanirrahim....

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku,sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup dan selepas mati.Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.Semakin ramai sahabat,aku semakin percaya diri.Aku selalu berharap mendapat sejati yang tidak akan luntur dalam suka dan duka.Jika aku dapat,aku akan setia padanya“
(Imam as-Syafie)

Monday, April 4, 2011

Ini Terbaik Untukmu Dan Aku Bukan Terbaik Untuk mu "Ini Terbaik Untukmu dan Aku bukan Terbaik Untukmu"

“INI TERBAIK UNTUKMU DAN AKU BUKAN TERBAIK UNTUKMU” Dulu aku memaknai kata “INI TERBAIK UNTUKMU DAN AKU BUKAN TERBAIK UNTUKMU” aku memaknai bahawa aku masih jadi yang terbaik dalam dirimu, aku masih boleh menjadi satu tumpuan dalam dirimu, tapi semua musnah begitu saja ketika ketidak pastian muncul. Tapi harapan ada dan akan tetap ada sampai batas yang telah di tentukan itu nyata. Batas yang tidak mungkin lagi aku terjang .

Untuk kali ini seperti biasanya yang kulakukan hanya mampu diam. Dan kamu pasti sudah mengerti maksudnya.

* Aku diam tidak bererti aku tak peduli kamu.

* Aku diam tidak bererti aku tak memikirkan kamu.

* Aku diam tidak bererti aku tak mengharapkan kamu.

* Aku diam tidak bererti aku tak merindukan kamu.

* Aku diam tidak berarti aku tak mencintai kamu.

* Aku diam kerana sungguh memikirkan kamu.

* Aku diam kerana sungguh merindukan kamu.

* Aku diam kerana cinta kepadamu.

* Dalam diam aku sungguh sungguh mencintaimu.

Pilihanmu adalah terbaik untukmu merupakan satu pilihan yang membawamu kekehidupan baru. Dimana hal yang kamu inginkan yang selama ini belum bisa aku berikan kerana kegagalanku untuk membuatmu membutuhkanku. Aku sedar sebagai orang yang mencintai kamu telah mengecewakanmu sedemikian dalam. Sampai memandang diriku pun engkau sudah tak mau.

Pilihanmu adalah terbaik untukmu dan memang sulit aku mendukungnya kerana pasti engkau akan pergi meninggalkan aku. Rasa yang dulu ingin ada terus dalam diriku kerana pilihanmu harus aku tangguhkan mungkin akan aku pendam kerana memang pilihan terbaik untukmu. Ingat kata ” INI TERBAIK UNTUKMU DAN AKU BUKAN TERBAIK UNTUKMU “. Satu kalimat sedikit tapi banyak makna. Yang pasti aku sekarang memaknai satu kalimat tersebut penghalusan kata untuk aku segera pergi atau jauh dari kamu .

No comments:

Post a Comment